Thursday, 30 April 2015

~HOTEL SERI PELANGI

HOTEL SERI PELANGI

Terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka. Lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran dengan lokasi tarikan pelancong antaranya Dataran Pahlawan, A Famosa, River Cruise, Menara Taming Sari dan lain-lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenis dan kadar bilik yang disediakan di Hotel Seri Pelangi berserta kemudahan-kemudahan tertentu, boleh layari laman sosial rasmi Hotel Seri Pelangi http://sepelangi.blogspot.com/ )


Tuesday, 28 April 2015

~Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia

HSM mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia dibawah pengurusan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. 


HSM terletak 1km daripada Lebuhraya Ayer Keroh dan lokasinya amat strategik dari segi perlancongan kerana berhampiran dengan Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Buaya dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan secara atas talian, boleh layari laman web rasmi Hotel Seri Malaysia di http://www.serimalaysia.com.my/

Monday, 27 April 2015

#White Hotel

White Hotel Melaka


Terletak dalam jarak 3 minit berjalan kaki dari Pusat Membeli-belah Mahkota Parade, White Hotel menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan bilik mandi peribadi. 


Hotel ini menyediakan Wi-Fi percuma, dan berjarak 5 minit berjalan kaki dari Jonker Walk yang menyeronokkan.

Hotel White terletak 2 minit berjalan kaki jaraknya dari Menara Taming Sari dan 5 minit pemanduan dari Capitol Satay Celup. Stesen Bas Melaka Sentral terletak 10 minit pemanduan jauhnya.

Hotel yang keseluruhannya diselubungi warna Putih ini sesuai dengan namanya White Hotel bakal memberi ketenangan kepada para pelanggannya. 


Untuk maklumat lanjut atau tempahan atas talian, boleh hubungi:

No. Tel: 06-281 8282
Alamat: No 36, Jalan Plaza Mahkota 4, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

Wednesday, 22 April 2015

#Hotel Kobemas

Hotel Kobemas berada di bawah naungan serta pengurusan Koperasi Kobemas. 

Keseluruhan bangunan Hotel Kobemas

Hotel ini terletak di antara bandar di Melaka iaitu Ayer Keroh yang mana berdekatan dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka. 

Hotel Kobemas menawarkan bilik-bilik yang berhawa dingin dengan kemudahan wifi percuma di setiap bilik. Hotel ini juga mempunyai kafe yang menyajikan sajian tempatan dan antarabangsa. 


Untuk maklumat lanjut atau tempahan secara atas talian, anda boleh layari laman web rasmi Hotel Kobemashttp://hotelkobemas.com/

Tuesday, 14 April 2015

~Hotel Seri Costa

Hotel Seri Costa merupakan salah satu hotel yang berada di bawah naungan serta pengurusan Felda Travel Sdn. Bhd. 



Hotel Seri Costa terletak di Jalan PM 8, Plaza Mahkota, Melaka. Lokasi hotel ini berdekatan dengan pusat membeli-belah utama di Melaka dan juga berada berdekatan dengaan tempat-tempat bersejarah seperti Afamosa, Jonker Walk dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Felda Travel Sdn. Bhd. http://www.feldatravel.com.my/ atau http://www.feldatravel.com.my/dt_hotels/seri-costa-hotel/


Friday, 10 April 2015

#JOHAN TRAVELLER'S LODGE & HOTEL JOHAN

Johan Traveller's Lodge ini dimiliki oleh En. Johan Ramli bin Ahmad. Hotel yang terletak di Taman Melaka Raya ini berkonsepkan tradisional yang juga mempunyai "rooftop" amat sesuai sebagai tarikan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi hotel ini: Hotel Johan





Rooftop Hotel Johan

Thursday, 9 April 2015

#MS Hotel

MS Hotel kepunyaan Pengerusi PHMM, Dato' Hj. Muhammad Shafie B. Abdullah ini terletak di Taman Melaka Raya, Bandar Hilir Melaka.



Kedudukan hotel yang berada di tengah pusat Bandaraya Melaka menjadikan ianya lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan pusat pelancongan sejarah, pusat membeli-belah dan rekreasi hiburan.

Antara kelebihan lokasi MS Hotel adalah ianya terletak di antara laluan utama dan ianya memudahkan pelanggan untuk bergerak ke destinas-destinasi yang diingini.

p/s: Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman rasmi 

Wednesday, 8 April 2015

SENARAI AHLI PHMM 2015

~SENARAI HOTEL AHLI PHMM 2015~

  1. MS Hotel
  2. The Heritage Hotel
  3. Kak Long Chalet
  4. Johan Traveller's Lodge (Hotel Johan)
  5. Hotel Seri Malaysia Melaka
  6. INB Resort
  7. Hotel Seri Pelangi
  8. Asia Heritage Hotel
  9. Impiana Hotel & Apartment
  10. Maicare Inn
  11. Hotel Pesona
  12. De Mawardah Hotel
  13. Hotel Seri Costa
  14. Mansor Hotel
  15. Syaz Meridien Hotel
  16. Seri Bayan Guest House
  17. Hotel Kobemas
  18. White Hotel
  19. Ayer Keroh D' Village
  20. The Heritage Town Stay
  21. Tower Hotel
  22. Dream Hotel
  23. Perahu Layar Resort

Persatuan Hotel Melayu Melaka.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Ini merupakan blog rasmi Persatuan Hotel Melayu Melaka (PHMM). Blog ini akan sentiasa di "update" mengenai hotel-hotel kepunyaan ahli PHMM serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PHMM.



LOGO rasmi Persatuan Hotel Melayu Melaka (PHMM)

Anda boleh temui kami di :

Alamat : No. 24-A, Bazar MARA, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.
Tel : 06 – 288 2822 | Faks : 06 – 288 2823
Emel : phmmelaka@yahoo.com.my